Kerusi permainan tercabut, dua pengunjung karnival cedera akibat tercampak

Astro Awani
Januari 2, 2020 02:07 MYT
Kedua-dua mangsa mengalami trauma apabila kerusi permainan "Spiral Jet" yang dinaiki mereka tiba-tiba tercabut. -Foto Facebook
DUA pengunjung cedera apabila tercampak daripada kerusi permainan taman tema di sebuah karnival di Antipolo City, Filipina.
Dalam kejadian di Kompleks Ynares pada Ahad malam itu, kedua-dua mangsa mengalami trauma apabila kerusi permainan "Spiral Jet" yang dinaiki mereka tiba-tiba tercabut.
Sejurus kejadian, mangsa dibantu kakitangan taman tema serta penonton yang berada di situ, lapor GMA News Online.
Pengendali karnival dalam pada itu mengaku bertanggungjawab dan bersedia membayar ganti rugi serta bil perubatan hospital yang ditanggung mangsa.
Punca kejadian sedang disiasat.
#Antipolo City #kerusi tercabut #Kompleks Ynares #permainan taman tema #Spiral jet