Kerosakan sistem kemudi jadi faktor utama nahas AirAsia Indonesia: Siasatan

AFP
Disember 1, 2015 16:57 MYT
Rakaman pada Januari 2015 menunjukkan bahagian pesawat sebelum dikeluarkan dari lokasi ia terhempas di Laut Jawa. - Foto AP/Basarnas
Kerosakan pada sistem kawalan kemudi dikenal pasti sebagai faktor besar yang menyebabkan pesawat AirAsia terhempas ke Laut Jawa hingga mengorbankan seramai 162 orang.
Dalam penemuan terbaharu oleh pasukan penyiasat Indonesia itu pada Selasa, masalah yang berulang pada sistem tersebut membuatkan juruterbang bertukar kepada kawalan manual ketika berdepan cuaca buruk.
Tindakan juruterbang itu adalah untuk menangani situasi genting berkenaan namun tidak membuahkan hasil apabila Airbus A320-200 tersebut gagal dikendali, kata Suruhanjaya Keselamatan Pengangkutan Nasional (KNKT) Indonesia.
Dalam laporan akhir mengenai tragedi tersebut, pasukan penyiasat mendapati bahawa pateri pada sistem kemudi tersebut yang membantu pergerakannya telah retak, lalu mengakibatkan sistem amaran menghantar isyarat berulang kali.
Apabila menerima amaran kali keempat, juruterbang telah menarik pemutus litar pada bahagian sistem kawalan pesawat dalam usaha untuk mengatur semula sistem. Tindakan itu telah memadamkan fungsi kawalan automatik, seterusnya menyebabkan pesawat berputar.
“Tindakan susulan kru pesawat telah menyebabkan pesawat itu tidak boleh dikawal. Pesawat berkenaan berada pada keadaan tegun yang di luar kemampuan kru untuk mengendalikannya,” kata laporan tersebut.
Tambah laporan itu, perakam data penerbangan tidak menunjukkan bahawa cuaca member impak pada pesawat.
Pada 28 Disember 2014, pesawat AirAsia QZ8501 terhempas dalam perjalanan dari Surabaya menuju ke Singapura.
BACA: QZ8501: Lokasi kokpit ditemui, mayat hanyut sejauh 900km
BACA: QZ8501: Tentera Indonesia hentikan misi pencarian mangsa setelah sebulan operasi
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes melalui akaun Twitternya memberi maklum balas tentang penemuan terbaharu itu dengan menyatakan rasa terima kasih kepada KNKT atas siasatan menyeluruh berkenaan.

would like to thank the KNKT for the very thorough investigations. My thoughts are to the families and my (cont) https://t.co/Z9USxJTeaZ

— Tony Fernandes (@tonyfernandes) December 1, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

These are scars that are left on me forever but I remain committed to make Airasia the very best. We owe it to the families and my crew.

— Tony Fernandes (@tonyfernandes) December 1, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#AirAsia Indonesia #Airbus A320-200 #Kawalan kemudi #Laut Jawa #penyiasat #pesawat terhempas
;