Kerosakan sayap pesawat, Boeing 747 buat pendaratan cemas

Bernama
Februari 21, 2024 10:48 MYT
Kerosakan dapat dilihat di sayap pesawat United Airlines yang membuat pendaratan cemas di Denver. - Foto AP
SAN FRANCISCO: United Airlines pada Selasa mengesahkan bahawa penerbangan dari San Francisco ke Boston terpaksa melakukan pendaratan cemas pada Isnin akibat kerosakan pada sayap pesawat, lapor Xinhua.
Menurut syarikat itu masalah teknikal dikesan pada sayap pesawat Boeing 757-200 namun butiran lanjut mengenai puncanya tidak dinyatakan.
Pesawat itu dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Denver selepas dan selamat mendarat pada pukul 5.21 petang.
Para penumpang dipindahkan ke pesawat lain dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Boston Logan awal pagi Selasa, menurut United Airlines.
Tiada kecederaan dilaporkan dan pihak Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) akan menjalankan siasatan berhubung perkara itu.
-- BERNAMA-XINHUA
#United Airlines #pendaratan cemas #kerosakan pada sayap #Boeing 757-200
;