Kerjasama Boko Haram, Daish burukkan lagi ancaman keganasan di Nigeria
Agensi
Mei 15, 2016 18:15 MYT
Mei 15, 2016 18:15 MYT
Nigeria bakal berdepan ancaman keganasan lebih buruk apabila militan Boko Haram mengisytiharkan kesetiaan mereka terhadap militan Daish.
Perkara itu disuarakan presiden Muhammadu Buhari ketika persidangan mengenai ancaman keganasan militan di Abuja pada Ahad.
Menurut Muhammadu, kebimbangan itu kini semakin meruncing apabila militan Daish dikatakan membantu militan Boko Haram daripada pelbagai aspek termasuk kewangan dan risikan.
Presiden Perancis Francois Hollande yang menghadiri persidangan menyifatkan sebarang aktiviti militan Boko Haram perlu diberi perhatian khususnya yang berkait dengan hubungan dari luar Nigeria.
Selain Nigeria, kumpulan militan itu telah melancarkan beberapa serangan keganasan terutama di negara jiran, Chad dan Cameroon yang menyaksikan hampir 20,000 nyawa terkorban.