Kerjasama ASEAN-China kekal utuh - PM China

Bernama
September 6, 2023 19:25 MYT
Perdana Menteri China, Li Qiang pada Rabu berkata bahawa selama China dan negara-negara ASEAN dapat terus berada di landasan yang benar, kerjasama mereka akan tetap kukuh dan maju meskipun menghadapi pelbagai rintangan. - Foto AP
JAKARTA: Perdana Menteri China, Li Qiang pada Rabu berkata bahawa selama China dan negara-negara ASEAN dapat terus berada di landasan yang benar, kerjasama mereka akan tetap kukuh dan maju meskipun menghadapi pelbagai rintangan, lapor Xinhua.
Dalam ucapan pembukaannya semasa Sidang Kemuncak China-ASEAN yang ke-26, di Jakarta, Li berkata kerjasama antara China-ASEAN telah menempuh pelbagai liku, berkat pemahaman yang mendalam mengenai cabaran.
China dan negara-negara ASEAN komited untuk mengejar perdamaian dengan tekad yang kuat untuk pembangunan, dan kedua-dua pihak mengambil tindakan nyata untuk menjaga kestabilan kawasan, katanya.
--BERNAMA-XINHUA
#Perdana Menteri China #Li Qiang #kerjasama ASEAN-China #Sidang Kemuncak China-ASEAN
;