Keretapi laju tergelincir di Perancis, 10 maut

Agensi
November 15, 2015 08:42 MYT
Ketika nahas, keretapi terbabit dikatakan sedang bergerak pada kelajuan 350km sejam di atas landasan. - Foto REUTERS / Vincent Kessler
Sepuluh orang terbunuh apabila sebuah keretapi laju milik Perancis yang sedang dalam ujian tergelincir di Eckwersheim ke timur negara itu pada Sabtu.
Ia adalah insiden pertama seumpamanya sejak perkhidmatan keretapi laju TGV itu diperkenalkan 30 tahun lalu.
Antara yang maut adalah anggota sekumpulan 49 juruteknik keretapi yang berada di dalam gerabak malang itu.
Tiada penumpang lain ketika itu.
Ketika nahas, keretapi terbabit dikatakan sedang bergerak pada kelajuan 350km sejam di atas landasan yang menjadi sebahagian dari ujian perkhidmatan itu yang akan dilancarkan pada musim luruh tahun hadapan.
Selain itu, 37 yang lain dilaporkan cedera.
Gerabak keretapi itu tergelincir berhampiran sebuah jambatan dengan ketinggian lebih 40 meter di atas terusan.
Seorang pegawai kanan daerah Alsace, lokasi nahas berlaku, Dominique-Nicolas Jane berkata, kegelinciran berlaku kerana keretapi sedang memecut dengan kelajuan yang tinggi ketika melalui kawasan di timur negara itu.
Bagaimanapun polis masih belum mengesahkan punca sebenar nahas.
#kereta api #keretapi #Perancis
;