Kereta rempuh pejalan kaki di London
Agensi
Oktober 7, 2017 23:25 MYT
Oktober 7, 2017 23:25 MYT
Beberapa orang telah cedera selepas sebuah kereta merempuh kawasan pejalan kaki berhampiran Muzium Sejarah Semula Jadi di London, hari ini.
Dalam kejadian tersebut, sebuah kenderaan dipercayai menaiki tebing jalan lalu merempuh beberapa pejalan kaki di situ.
Polis London bagaimanapun memaklumkan, suspek telah pun berjaya ditangkap di lokasi kejadian.
Pihak polis juga menyifatkan kejadian itu di kawasan South Kensington itu sebagai perlanggaran dan tiada unsur keganasan.
Motif kejadian itu juga sedang disiasat.