Kereta mewah rasmi APEC jenama Maserati dilapor hilang

Raja Hisyam Raja Zaid
Februari 12, 2019 22:32 MYT
Kereta mewah Maserati yang dilaporkan hilang ini bernilai lebih RM611,000 setiap satu. -Gambar fail/Reuters
Jika sebelum ini kerajaan Papua New Guinea dikecam selepas dikatakan berbelanja besar membeli kereta mewah jenis Maserati untuk Sidang Kemuncak Ekonomi Asia Pasifik (APEC) tahun lalu, hari ini beberapa kereta mewah tersebut dilaporkan hilang.
Ia diakui sendiri pihak berkuasa negara itu yang kini sedang giat mencari dan melakukan siasatan ke atas kehilangan kereta rasmi persidangan tersebut.
Negara itu dilapor berbelanja besar dengan membayar lebih RM611,000 bagi sebuah kereta tersebut.
Namun kerajaan negara itu memberi alasan akan menjual balik kesemua kereta berkenaan selepas persidangan tersebut tamat sebagai menjawab kritikan.
Pihak berkuasa negara itu sehingga kini tidak mendedahkan jumlah sebenar kereta mewah tersebut yang hilang atau dicuri.
#APEC #Asia #curi #ekonomi #hilang #kerajaan #kereta #Maserati #polis #siasatan
;