Kereta api tergelincir di Bogor, 17 cedera

Bernama
Mac 10, 2019 10:59 MYT
Kereta api itu tergelincir jam 10.15 pagi waktu Indonesia Barat, selepas melepasi stesyen Cilebut, kira-kira 10km dari Bogor. -Gambar hiasan
Sebuah kereta api penumpang dari Jakarta menuju ke Bogor, Indonesia, tergelincir menyebabkan 17 dilaporkan cedera setakat ini.
Kereta api itu tergelincir jam 10.15 pagi waktu Indonesia Barat, selepas melepasi stesyen Cilebut, kira-kira 10km dari Bogor.
Syarikat pengendali kereta api itu, PT Kereta Commuter Indonesia dalam satu kenyataan berkata mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Salak Bogor.
"Jumlah penumpang belum diperoleh dan tiada laporan membabitkan warga asing setakat ini," kata kenyataan itu.
#Bogor #Hospital Salak Bogor #Indonesia Barat #Jakarta #kereta api penumpang #kereta api tergelincir #PT Kereta Commuter Indonesia #stesyen Cilebut