Kereta api rempuh bas di Mexico, 16 maut dan 30 cedera

AFP
Februari 14, 2015 11:45 MYT
Kemalangan berlaku apabila bas berisi 60 penumpang tersebut cuba menyeberangi landasan kereta api di bandar Anahuac. -Gambar fail
Sekurang-kurangnya 16 terbunuh dan 30 cedera apabila sebuah kereta api barang merempuh sebuah bas sarat penumpang di timur laut Mexico pada Jumaat.
Kemalangan berlaku apabila bas berisi 60 penumpang tersebut cuba menyeberangi landasan kereta api di bandar Anahuac, kata ketua perlindungan awam negeri Nuevo Leon, Jorge Camacho kepada AFP.
Kejadian berlaku sejurus jam 5 petang waktu tempatan di stesen Camarones, berhampiran sempadan Amerika Syarikat.
Dua kanak-kanak antara 16 yang maut, kata Datuk Bandar Desiderio Urteaga.
Namun pihak berkuasa mensasarkan jumlah kematian mungkin hampir kepada 20 orang.
#bas #Camarones #kemalangan #kereta api #Mexico #Nahas
;