Kereta api laju rempuh ambulans, 2 maut

Nailah Huda
April 5, 2019 19:12 MYT
Dua penumpang ambulans termasuk seorang doktor dan seorang paramedik maut dalam tragedi itu.
Dua penumpang ambulans maut apabila kenderaan yang dinaiki mereka dirempuh kereta api laju di satu lintasan tren di Poland.
Dalam kejadian yang berlaku di bandar Puszczykowo itu, ambulans itu terperangkap di atas landasan apabila penghadang lintasan mulai turun dan menghalang ambulans menyeberangi jalan.
Rakaman CCTV menunjukkan ambulans tersebut cuba untuk keluar dari landasan namun tidak berjaya sebelum dirempuh kereta api itu.
Dua penumpang ambulans yang terkorban dalam nahas tersebut merupakan seorang doktor dan paramedik.
Pemandu ambulans itu pula dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan dibawa ke hospital dekat sini.
Dalam rakaman video yang tersebar di internet jelas menunjukkan pemandu ambulans cuba berpatah balik sebelum meletakkan kenderaan itu dalam posisi selari dengan landasan.
Namun, bahagian depan ambulans terkeluar lalu dilanggar kereta api pada kelajuan yang tinggi.
Kereta api dalam perjalanan dari Katowice ke Gdynia itu tergelincir daripada trek, namun pemandu serta penumpang tidak tercedera dalam kemalangan itu.
YouTube World Wide Leaks
#Ambulans #kemalangan #keretapi #Mateusz Morawiecki #maut #poland
;