Kereta api bertembung di South Carolina, dua maut, 50 cedera

Agensi
Februari 4, 2018 19:35 MYT
Perlanggaran itu membuatkan kedua-dua kereta api tergelincir berhampiran Columbia, South Carolina. Foto Twitter @LCSD_News
Sebuah kereta api Amtrak di sini bertembung dengan kereta api barang CSX pada Ahad, mengakibatkan dua orang maut dan sekurang-kurangnya 50 orang cedera.
Dalam kejadian yang berlaku sekitar 2.30 pagi waktu tempatan itu, kereta api yang membawa 139 penumpang dan lapan anak kapal itu sedang dalam perjalanan dari New York ke Miami.
Perlanggaran itu membuatkan kedua-dua kereta api tergelincir berhampiran Columbia, South Carolina, menurut pegawai Amtrak.
Ia merupakan kemalangan serius yang kedua melibatkan kereta api Amtrak yang terjadi dalam masa tidak sampai seminggu.
Pada Rabu, kereta api yang membawa anggota Kongres dari Parti Republik menuju ke sebuah permukiman bertembung dengan lori sampah di Virginia, mengakibatkan seorang terbunuh.
#Amtrak #Charleston #Miami #New York #Pine Ridge #South Carolina #Sunday Express
;