Kereta api bertembung dengan kereta ragut tiga nyawa di Jerman

Bernama
April 23, 2023 15:27 MYT
Kejadian berlaku ketika kereta melintasi landasan sebelum bertembung dengan kereta api berkenaan. - Tangkap layar agensi berita tempatan
BERLIN: Tiga maut dalam nahas membabitkan sebuah kereta api dengan kereta di persimpangan berhampiran bandar Hanover di Jerman, kata jurucakap polis, lapor dpa.
Mangsa yang maut merupakan pemandu dan dua penumpang kereta itu.
Menurut jurucakap itu, kejadian berlaku ketika kereta melintasi landasan sebelum bertembung dengan kereta api berkenaan.
Nahas berlaku di utara Neustadt am Rubenberg, melibatkan kereta api serantau dua tingkat, menurut akhbar dalam talian Neue Presse.
-- BERNAMA
#keretapi bertembung #Hanover #Jerman #melintas landasan
;