Kereta api berlanggar di Romania, 11 cedera

Astro Awani
Disember 19, 2019 02:26 MYT
Sebelas individu cedera selepas sebuah kereta api penumpang melanggar kereta api barang yang berada di laluannya di Romania. -AP
Sebelas individu cedera selepas sebuah kereta api penumpang melanggar kereta api barang yang berada di laluannya di Romania.
Kereta api empat gerabak itu dilapor membawa sekurang-kurangnya 50 penumpang ketika kejadian pada Rabu di bandar Ploiesti.
Beberapa ambulans dan helikopter digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.
Punca kejadian masih dalam siasatan.
#kereta api barang #kereta api penumpang #nahas kereta api #Ploiesti #Romania