Kereta api berlanggar di barat daya England, penumpang cedera
Astro Awani
Oktober 31, 2021 06:05 MYT
Oktober 31, 2021 06:05 MYT
SALISBURY: Beberapa penumpang cedera apabila kereta api dinaiki mereka berlanggar pada Ahad di sebuah bandar di barat daya England.
"Beberapa orang dilapor cedera, tapi syukur tiada yang meninggal dunia," kata jurucakap polis kepada Reuters.
Bomba dan ambulans kini berada di lokasi kejadian di sebuah terowong berhampiran Stesen Salisbury, England.
Menurut laporan BBC, gerabak belakang kereta api pertama tergelincir selepas terlanggar satu objek ketika menghampiri stesen Salisbury.
Kejadian menyebabkan semua isyarat kawalan trafik tren di kawasan itu lumpuh.
Kereta api kedua yang kemudiannya tiba terus melanggar tren yang pertama.
Pengendali Kereta Api Great Western Railway (FGP.L) berkata nahas melibatkan kereta api Portsmouth-Bristol dan kereta api Stesen Waterloo London-Honiton.