Kereta api berkelajuan tinggi baharu UK 'Crossrail' beroperasi Mei ini

Astro Awani
Mac 23, 2022 12:50 MYT
Crossrail mampu membawa sehingga 1,500 penumpang pada kelajuan sehingga 90mph dan akan melusuri jalan-jalan di tengah London, Docklands, West End, Heathrow, serta pekan komuter di Essex, Kent dan Lembah Thames. - Foto Facebook
MULAI Mei tahun ini, perjalanan merentasi ibu negara UK akan direvolusikan oleh kereta api berkelajuan tinggi baharu yang sebahagian besarnya dibina di bawah tanah bagi menghubungkan timur ke barat.
Apabila dibuka sepenuhnya nanti, Elizabeth Line yang baharu atau lebih dikenali sebagai Crossrail, akan menjadikan perjalanan dari Canary Wharf ke Heathrow hanya selama 38 minit.
Sebelum ini, masa perjalanan sekurang-kurangnya mengambil masa sejam menggunakan sistem bawah tanah semasa atau dua jam menggunakan teksi, walaupun dalam tahap lalu lintas biasa.
Crossrail mampu membawa sehingga 1,500 penumpang pada kelajuan sehingga 150 km/j dan akan melusuri jalan-jalan di tengah London, Docklands, West End, Heathrow, serta pekan komuter di Essex, Kent dan Lembah Thames.
Pada kemuncak pembinaan, Crossrail adalah projek kejuruteraan terbesar di Eropah.
Pelancaran pada Mei menyaksikan hanya 12 buah kereta api akan beroperasi dalam masa sejam di setiap arah melalui terowong antara Abbey Wood, tenggara London dan Paddington.
Kekerapan operasi akan berganda dijadualkan mulai musim luruh 2022.
Crossrail dijangka akan beroperasi penuh selewat-lewatnya pada Mei 2023, iaitu sebanyak 24 kereta api akan bergerak di setiap arah merentasi seluruh rangkaian.
Diluluskan pada 2007, pembinaan Crossrail selama empat tahun diluluskan dengan perbelanjaan sekitar £4 bilion (AS$5.28 bilion), bagaimanapun ia melebihi bajet, sehingga projek itu memakan belanja sehingga £18.9 bilion (AS$25 bilion).
Datuk Bandar London Sadiq Khan sebelum itu turut marah dan kecewa dengan situasi salah urus setakat 2018.
Bagaimanapun, dengan kemudahan membawa 1.5 juta orang dalam masa 45 minit.
Apabila beroperasi sepenuhnya, Crossrail akan meningkatkan kapasiti rel London sebanyak 10% iaitu pengembangan tunggal terbesar rangkaian pengangkutan bandar itu dalam lebih daripada 70 tahun.
#Crossrail #Canary Wharf #Heathrow #Elizabeth Line
;