Kerana suami curang, ibu tergamak bunuh, bakar bayi 14 bulan

Agensi
Februari 26, 2019 10:55 MYT
Siasatan lanjut pihak polis, ibu muda itu mengakui membunuh bayi tersebut kerana mahu membalas dendam atas kelakuan suaminya yang curang. - Gambar hiasan
HANYA kerana ingin membalas dendam, seorang ibu tergamak membunuh dan membakar anak perempuan di daerah Manazo Puno, Peru.
Menurut laporan portal Mirror.uk ibu muda berusia 21 tahun itu mengakui menekup bayi berusia 14 tahun itu dengan selimut sebelum membakar mayatnya di dalam lubang.
Perbuatan kejam itu dilakukan wanita terbabit selepas mendapati suaminya berlaku curang dengan rakan sekerja.
Siasatan awal mendapati, wanita itu mendakwa bayi perempuannya meninggal dunia selepas terjatuh dari katil.
Panik dengan kematian itu, suspek bertindak menanam mayat mangsa berhampiran sungai Hatun Mayu.
Pasukan pendakwaan mengarahkan pihak polis ke kawasan sungai bagaimanapun tiada kesan penggalian ditemui.
Bagaimanapun, siasatan lanjut pihak polis, ibu muda itu mengakui membunuh bayi tersebut kerana mahu membalas dendam atas kelakuan suaminya yang curang.
Menurut pihak berkuasa tempatan, bayi malang itu ditemui di lubang dengan dibalut selimut selain sebahagian badannya terbakar.
"Mayat bayi itu telah dihantar untuk bedah siasat sementara wanita tersebut ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.
#bayi #bunuh #mayat #meninggal dunia #polis #siasatan #suspek
;