Kerana serbuk putih, menantu Donald Trump masuk hospital

Agensi
Februari 13, 2018 09:31 MYT
Trump Jr. menyifatkan insiden itu sebagai menjijikan dan mengancam keluarganya. - Foto Facebook/DonaldJTrumpJr
Menantu Presiden Amerika Syarikat (AS), Vanessa Trump dimasukkan ke hospital selepas membuka sepucuk surat yang mengandugi serbuk putih.
Surat berkenaan ditujukan kepada Donald Trump Jr., anak lelaki sulung Donald Trump di apartmennya di Manhattan.
Selain Vanessa, dua lagi mangsa turut dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
Hasil pemeriksaan polis mendapati serbuk berkenaan disahkan tidak membahayakan.
Vanessa juga dilaporkan tidak terjejas secara fizikal akibat serbuk berkenaan.
Laporan turut menyebut, sampul yang mengandungi serbuk putih itu dibuka oleh ibu Vanessa.
Sementara itu, Trump Jr. menerusi twitter dan Facebooknya memaklumkan, keluarganya selamat dan menyifatkan insiden itu sebagai ‘menjijikan’.
“Vanessa dan anak-anak saya selamat dan tidak mengalami kecederaan selepas situasi yang berlaku pagi tadi.
Sesungguhnya, ia amat menjijikan apabila sesetengah individu memlih untuk menyatakan penentangan mereka dengan tingkah laku yang menganggu itu,” ujarnya.

Thankful that Vanessa & my children are safe and unharmed after the incredibly scary situation that occurred this morning. Truly disgusting that certain individuals choose to express their opposing views with such disturbing behavior.

— Donald Trump Jr. (@DonaldJTrumpJr) February 12, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau pada masa sama mengucapkan terima kasih kepada pasukan polis New York yang bertanggungjawab memastikan keselamatan isteri dan anak-anaknya.

A special thanks today to the great men & women of the @NYPDnews @FDNY @SecretService @NewYorkFBI and the Joint Terrorism Task Force for their decisive action and incredible words of support to my wife and family. Their professionalism under pressure made a rough day manageable.

— Donald Trump Jr. (@DonaldJTrumpJr) February 12, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#AS #Donald Trump #New York #serbuk putih #Trump Jr #Vanessa
;