Kerana seekor ayam, lelaki ini didenda RM813
Asyraf Roslan
Ogos 13, 2020 22:42 MYT
Ogos 13, 2020 22:42 MYT
SEORANG lelaki berusia 83 tahun didenda sebanyak AS$194.77 (RM813) kerana ayam jantan miliknya berkokok tanpa henti pada waktu pagi.
Angelo Boletti yang menetap di Castiraga Vidardo, Itali binggung dengan undang-undang tersebut.
Memetik laporan media antarabangsa, Angelo memaklumkan sebelum ini ayam jantan bernama Carlino itu pernah tinggal di kebun namun telah mendapat rungutan daripada jiran tetangga membuatkannya menyerahkan ayam itu kepada rakannya.
Namun, baru-baru ini rakannya itu telah pergi bercuti dan membuatkan Angelo mengambil keputusan untuk membawa pulang ayam jantan itu ke rumahnya.
Seorang anggota polis dihantar untuk membuat pemeriksaan di rumah Angelo selepas jiran mengajukan aduan kepada pihak berkuasa.
Ayam jantan itu mula berkokok sekitar jam 4.30 pagi tanpa henti.
Denda yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berdasarkan peraturan tempatan yang menyatakan bahawa haiwan peliharaan termasuk ayam seharusnya berada sekurang-kurangnya 10 meter dari rumah jiran.
#Angelo Boletti
#Ayam
#ayam jantan
#berkokok
#Carlino
#Castiraga Vidardo
#Itali
#polis
#rumah
#undang-undang