Kerana hutang lelaki tergamak lapah rakan, campak mayat dalam lubang kumbahan
Agensi
Januari 24, 2019 13:41 MYT
Januari 24, 2019 13:41 MYT
Polis akhirnya berjaya menyelesaikan misteri kehilangan seorang lelaki susulan penemuan cebisan mayat yang menyebabkan sebuah lubang kumbahan tersumbat.
Lapor media tempatan, Ganesh Vitthal Kolhatkar, 58, dibunuh oleh seorang kenalannya di sebuah kelab sosial di Mumbai, India selepas mangsa gagal melangsaikan hutangnya.
Sebelum itu, mangsa telah dijemput oleh tertuduh yang dikenali sebagai Pintoo ke kelab terbabit pada 16 Januari lalu dengan alasan inginkan bantuan untuk mengalihkan perabot.
Menurut polis, kedua-duanya dikatakan minum arak sebelum tercetus perbalahan berhubung isu hutang.
Panik dan dalam usaha untuk melindungi bahan bukti, tertuduh telah melapah mayat sehingga menjadi cebisan.
Selang empat hari, sisa-sisa mayat berjaya dilupuskan ke dalam lubang kumbahan oleh tertuduh.
Tulang mangsa pula telah diasingkan dan dicampakkan keluar dari sebuah keretapi.
Keluarga mangsa kemudiannya membuat laporan polis selepas mangsa tidak pulang ke rumah.
Bagaimanapun misteri kehilangan mangsa akhirnya terbongkar selepas pekerja kumbahan yang sedang membersihkan tangki septik di kelab terbabit menemui cebisah mayat yang menyebabkan sistem tersumbat.
Susulan itu tertuduh berjaya ditahan dan akan didakwa.