Kerana cukur jambang, anak tak kenal dan enggan bermain dengan bapa
Agensi
Januari 4, 2019 08:49 MYT
Januari 4, 2019 08:49 MYT
Seorang bayi 14 bulan terpegun dan hampir tidak mengenali bapa kandung sendiri selepas lelaki itu mencukur misai dan jambang.
Dalam satu video berdurasi lebih dunia, bayi berkenaan, Amelia Batiz tidak memeluk bapanya, Jeremy Batiz selain terpinga-pinga ketika lelaki itu cuba mendekati dan hendak bermain denganya.
Video pendek mencuit hati itu dirakam isteri Jeremy, Sofia dan memberitahu, ini merupakan pertama kali suaminya mencukur bersih jambang dan misai.
"Saya tidak tahu dia akan mencukur keseluruhan jambang dan misai. Jeremy hanya meminta sama merakam video usai dia keluar dari bilik mandi.
"Ia mengejutkan saya dan Amelia," katanya yang merupakan seorang jurufoto profesional di Tuscon Arizona, Amerika Syarikat.
Memetik portal Mirror.UK, ini merupakan kali pertama Amelia melihat bapanya tanpa jambang dan misai.
Sofia menjelaskan, anak keduanya itu juga menangis ketika Jeremy cuba mendekati dan bermain dengannya.