Kerajaan Thai luluskan pembukaan Konsulat di Phuket

Bernama
November 12, 2013 23:39 MYT
Thailand, destinasi popular untuk pelancong dari China, telah meluluskan pembukaan Konsulat China di Phuket.
Timbalan jurucakap kerajaan, Harn Himathongkam berkata kabinet telah meluluskan pembukaan Konsulat itu selepas ia dicadangkan oleh Kementerian Luar pada mesyuarat kabinet di sini Selasa.
Konsulat itu menyediakan perkhidmatan untuk Phuket, Krabi dan Phung Nga.
Konsulat China di Phuket akan diletakkan di bawah Konsulat China di Songkhla di selatan Thailand.
Di Thailand, China turut mempunyai Konsulat di Chiang Mai.
Lebih empat juta pelancong China dijangka melawat Thailand tahun ini.
#Harn Himathongkam #konsulat #Phuket #Thailand
;