Kerajaan tentera Myanmar nafi lakukan pembunuhan beramai-ramai

Agensi
Mac 14, 2023 20:46 MYT
Jeneral Zaw Min Tun mendakwa keganasan itu dimulakan pasukan penentang yang menyerang hendap tentera tentera, sebelum pertempuran berterusan di kawasan. - Foto AP
KERAJAAN tentera Myanmar menafikan laporan bahawa tenteranya melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam.
Sebaliknya, kerajaan itu menyalahkan kumpulan penentang pro-demokrasi yang bertanggungjawab atas kematian lebih 20 orang termasuk tiga sami Buddha dan seorang wanita.
Jurucakap majlis tentera pemerintah Myanmar, Jeneral Zaw Min Tun mendakwa keganasan itu dimulakan oleh pasukan penentang yang menyerang hendap tentera tentera, sebelum pertempuran berterusan di kawasan.
Dia menyifatkan Pasukan Pertahanan Kebangsaan Karen (KNDF) dan 'Pasukan Pertahanan Rakyat' (PDF), sebagai “kumpulan pengganas” yang telah telah menimbulkan ancaman kepada kawasan itu sejak awal bulan ini.
Sebelum ini penduduk kampung dan media tempatan mendakwa pembunuhan serta pembakaran dilakukan oleh junta tentera di merata bahagian negara ketika mereka berjuang bagi membantah rampasan kuasa yang menggulingkan kerajaan Aung San Suu Kyi.
KNDF dan Pasukan Pertahanan Kebangsaan Pa-O, mendakwa askar memasuki kampung Nam Neint pada Sabtu, dan menembak 33 orang termasuk tiga sami Buddha yang berlindung di sebuah biara.
#Aung San Suu Kyi #pengganas #KNDF #rampasan kuasa
;