Kerajaan Rusia keluar buku panduan berselfie untuk elak tragedi berulang

Kohilah Sekaran
Julai 10, 2015 10:11 MYT
Kerajaan Rusia kini mengeluarkan buku panduan yang mengandungi maklumat grafik yang menyerupai tanda-tanda jalan raya, yang sebahagian besar adalah berdasarkan kejadian sebenar.
SEBENARNYA, perbuatan mengambil gambar selfie yang sempurna adalah satu tindakan yang berisiko.
Tidak percaya? Cuba lihat negara Rusia di mana kecederaan dan kematian berkaitan selfie telah mendorong kerajaan itu untuk mengeluarkan panduan keselamatan rasmi buat kalangan belia yang juga penggemar selfie negara itu.
Menurut agensi berita Rusia, Tass, lebih 10 kematian dan kira-kira 100 kemalangan berkaitan selfie dilaporkan di sini.
Justeru, kerajaan Rusia kini mengeluarkan panduan yang mengandungi maklumat menyerupai tanda-tanda jalan raya, yang sebahagian besarnya berdasarkan kejadian sebenar.
Sumber Gambar: Ministry of Internal Affairs RF
Sebagai contoh, kes remaja berusia 21 tahun yang menembak dirinya di kepala secara tidak sengaja ketika berselfie dan seorang remaja dari rantau Ryazan yang meninggal dunia ketika cuba untuk berselfie di landasan kereta api.

Would YOU stand here? It was scary, but cool! A 1000 meter drop from the boulder to the fjord below! #Norway pic.twitter.com/UQDKhBNkAw

— George Kourounis (@georgekourounis) June 5, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Seiring dengan semua kelebihan di dunia moden ini, terdapat juga ancaman baharu," kata pegawai Rusia Yelena Alekseyeva dipetik daripada laporan CNN.
"Kami ingin mengingatkan rakyat bahawa tindakan mengejar 'likes' di rangkaian sosial boleh membawa maut," katanya lagi.
Antara kawasan ataupun situasi yang dilarang untuk berselfie ialah:
1. di kawasan pencawang elektrik
2. di landasan kereta api.
3. di kawasan yang tinggi
4. bersama senjata ataupun haiwan
5. di tengah-tengah jalan raya
#buku panduan #larangan #Rusia #Russia #selfie