Kerajaan Myanmar isytihar darurat di wilayah bergolak

AFP
Februari 17, 2015 22:33 MYT
Kerajaan Myanmar hari ini mengyistiharkan situasi darurat di wilayah bergolak, Kokang selepas tercetus pertempuran di antara pasukan tentera dan kumpulan pemberontak etnik - Foto AFP
Kerajaan Myanmar hari ini mengisytiharkan situasi darurat di wilayah bergolak, Kokang selepas tercetus pertempuran di antara pasukan tentera dan kumpulan pemberontak etnik yang menyaksikan ribuan penduduk melarikan diri termasuk lari ke sempadan China.
“Situasi serius sedang berlaku dan nyawa penduduk kini dalam bahaya, maka situasi darurat telah diisytiharkan bermula hari ini (Selasa),” menurut satu kenyataan oleh Kementerian Penerangan negara itu.
Ketua turus angkatan tentera Myanmar kini menguasai sepenuhnya kawasan bergolak untuk memastikan kestabilan dan undang-undang di kawasan terjejas. - Foto AFP
Wilayah Kokang yang terletak di dalam negeri Shan menyaksikan serangan udara oleh tentera kerajaan dan pertempuran bersenjata sejak 9 Februari lalu.
Dalam satu pengumuman berasingan, kementerian yang sama turut mengumumkan yang ketua turus angkatan tentera negara itu kini berkuasa sepenuhnya untuk memastikan kestabilan dan undang-undang di kawasan terjejas.
#China #Kokang #Myanmar
;