Kerajaan Kuwait serah surat letak jawatan

Bernama
Januari 23, 2023 21:45 MYT
Perdana Menteri Kuwait Ahmad Nawaf Al-Ahmad Al-Sabah berucap pada sesi ke-77 Perhimpunan Agung PBB, 22 Sept 2022. Kerajaan Kuwait dilapor meletak jawatan pada 23 Jan 2023 susulan pertikaian yang tercetus dengan parlimen. - Gambar fail AP
BANDARAYA KUWAIT: Kerajaan Kuwait menyerahkan surat peletakan jawatan pada Isnin susulan pertikaian yang tercetus dengan parlimen, menurut media tempatan.
Akhbar Al-Qabas melaporkan kerajaan yang ditubuhkan pada Oktober itu meletak jawatan selepas enggan membuat komitmen kewangan dan membantah interpelasi oleh Ahli Parlimen.
Sehingga kini tiada kenyataan rasmi berhubung peletakan jawatan itu, lapor Anadolu.
Ini adalah peletakan jawatan kelima kerajaan Kuwait dalam tempoh dua tahun.
Interpelasi ialah soalan mengenai dasar-dasar kerajaan dalam parlimen oleh Ahli Parlimen kepada kerajaan.
-- BERNAMA
#letak jawatan #dasar kerajaan #interpelasi #Kuwait