Kerajaan Jerman lancar pakej rangsangan 'terbesar' perangi inflasi
Bernama
September 5, 2022 16:25 MYT
September 5, 2022 16:25 MYT
AMMAN: Kerajaan Jerman telah meluluskan pakej bantuan, yang disifatkan Canselor Schulz sebagai "yang terbesar setakat ini," untuk mengurangkan kenaikan harga dan inflasi, lapor Agensi Berita Petra memetik Deutsche Welle (DW).
Kerajaan Jerman mendedahkan pakej bantuan ketiga bernilai 65 bilion euro untuk melindungi pengguna dan ekonomi negara daripada kesan inflasi yang tinggi.
Pakej bantuan kerajaan itu diumumkan dua hari selepas gergasi tenaga Rusia Gazprom mengumumkan bekalan gas melalui saluran paip Nord Stream 1 dihentikan selepas tiga hari kerja-kerja penyelenggaraan.
-- BERNAMA