Kerajaan Jerman kenal pasti posedur suaka negara ketiga
Bernama
April 29, 2023 06:00 MYT
April 29, 2023 06:00 MYT
BERLIN: Kerajaan Jerman sedang meneliti sama ada prosedur suaka boleh dijalankan di negara di luar Kesatuan Eropah (EU), lapor Agensi Berita dpa yang memetik kenyataan Menteri Dalam Negeri Nancy Faeser.
Beliau berkata "perjanjian migrasi dengan negara ketiga berdasarkan kedaulatan undang-undang" telah dirancang dan kerajaan sedang mengkaji sama ada penubuhan status perlindungan mungkin boleh dilaksanakan dalam rangka kerja ini.
Permohonan suaka telah meningkat di Jerman dan di seluruh EU.
Pada tahun 2022, seramai 881,200 orang memohon suaka di seluruh EU dengan 217,735 orang telah memfailkan permohonan mereka di Jerman, menurut agensi statistik EU Eurostat.
Banyak majlis perbandaran terlalu terbeban dengan jumlah pelarian yang tinggi dan isu itu akan dibincangkan pada mesyuarat antara 16 negeri dan kerajaan persekutuan pada 10 Mei.
-- BERNAMA