Kerajaan India luluskan kenaikan gaji penjawat awam di tengah kenaikan harga barang

Bernama
Oktober 16, 2024 07:20 MYT
Seramai 6.49 juta pesara turut menerima kenaikan sebanyak tiga peratus dalam bantuan sara hidup.- Gambar hiasan
NEW DELHI: Hampir 4.92 juta penjawat awam India pada Rabu menerima kenaikan gaji sebanyak tiga peratus melalui elaun sara hidup (DA) sebagai pampasan terhadap kenaikan harga barang, lapor Xinhua.
Selain itu, seramai 6.49 juta pesara turut menerima kenaikan sebanyak tiga peratus dalam bantuan sara hidup (DR).
Menurut kenyataan rasmi, kenaikan DA dan DR itu akan berkuat kuasa secara retrospektif bermula 1 Julai. Langkah itu akan melibatkan implikasi kewangan kerajaan India lebih US$1.12 bilion setiap tahun.
-- BERNAMA
#India #penjawat awam #kenaikan gaji #Elaun Sara Hidup
;