Kerajaan India kawal kandungan digital, platform penstriman OTT negara
Saraya Mia
November 11, 2020 05:52 MYT
November 11, 2020 05:52 MYT
KERAJAAN India memutuskan untuk mengawal kandungan digital, termasuk platform penstriman Over The Top (OTT) di negara itu berkuat kuasa serta merta.
Ia termasuk berita, audio, visual dan filem melalui platform penstriman digital yang akan dikawal Kementerian Informasi dan Siaran India di bawah undang-undang terbaharu yang diumumkan awal minggu ini.
Persetujuan itu turut ditandatangani Presiden India Ram Nath Kovind, namun butiran terperinci tidak diumumkan.
Antara platform OTT yang turut akan dikawal termasuk Netflix, Amazon Prime Video dan Disney Plus.
Dalam pada itu, akses kepada kandungan bagi platform media sosial seperti Facebook dan Twitter turut akan terjejas di bawah peraturan pengawalan terbaharu itu.
Sebelum ini kandungan penstriman digital India tidak dikawal oleh mana-mana badan kerajaan.
Pada Januari, sejumlah lapan syarikat platform OTT telah menandatangani kod perjanjian yang membenarkan kawalan kendiri yang selari dengan prinsip tertentu.
Antara kandungan yang terlarang dalam senarai prinsip berkenaan termasuk kandungan pornografi kanak-kanak, sentimen keagamaan melampau dan kandungan yang mempromosi aktiviti keganasan.
#Twitter
#Facebook
#Disney
#video
#Media
#kerajaan
#undang-undang
#India
#Over the Top
#OTT
#penstriman
#kandungan digital
#digital
#kawal
#kandungan terlarang
#sentimen melampau
#keganasan