Kerajaan Cuba melaksanakan perintah berkurung selama 15 hari bermula Selasa susulan penularan kes COVID-19 yang seolah-olah tiada pengakhirannya.

Perintah tersebut yang dilihat lebih ketat berbanding sebelum ini, menyaksikan pintu masuk lapangan terbang akan ditutup sepenuhnya.

Kebanyakan kedai yang beroperasi pula tidak dibenarkan menjual kepada pembeli yang berada di luar premis bagi mengelakkan orang ramai berada di sekitar bandar.

Sementara itu, anggota polis dikerahkan bagi tujuan menyekat pintu sempadan daripada dimasuki orang luar.

Pelaksanaan itu akan dikuat kuasa bermula 7 malam hingga 5 pagi.

Sebagai rekod, pulau yang mempunyai populasi 11 juta penduduk itu telah melaporkan lebih 4,000 kes dan kurang dari pada 100 kematian sejak wabak COVID-19 itu menular.