Kerajaan Colombia, ELN bincang rundingan damai
Astro Awani
Januari 22, 2023 08:15 MYT
Januari 22, 2023 08:15 MYT
CARACAS: Kerajaan Colombia dan kumpulan pemberontak Tentera Pembebasan Kebangsaan (ELN), kembali ke meja rundingan.
Ia sebahagian usaha untuk mencari penyelesaian rundingan damai, susulan kenyataan Presiden Gustavo Petro untuk mengisytihar gencatan senjata.
ELN mendakwa gencatan itu hanya dipersetujui sebelah pihak sahaja.
Rundingan pusingan kedua akan diadakan di negara penaja, Mexico pada 13 Februari depan.
"Dalam kitaran yang akan bermula di Mexico pada 13 Februari, salah satu perkara yang akan dirundingkan dalam hal gencatan senjata.
"Bagi menjayakannya adalah penting untuk mematuhi segala protokol dan protokol ini melibatkan pihak tentera dan ELN.
"Perkara ini akan mengambil masa namun kami berharap kami dapat lihat kejayaan dalam perjanjian ini," kata jurucakap ELN, Pablo Beltran.
Kerajaan menggantung perjanjian gencatan selepas ELN nafi bersetuju dengan syarat kerajaan.
ELN merupakan kumpulan pemberontak yang disenarai sebagai pengganas oleh Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU).
Presiden Gustavo Petro, yang mentadbir sejak Ogos 2022 berikar untuk menamatkan konflik enam dekad antara kerajaan dan ELN yang telah mengorankan 450,000 nyawa.