Kerajaan China mahu basmi kemiskinan masyarakat Uighur di Xinjiang

Agensi
Februari 19, 2018 13:41 MYT
Muslim Uighur mendakwa mereka seringkali menghadapi penindasan budaya dan agama tetapi dakwaan itu dinafikan oleh Beijing. - Foto EPA
Kerajaan China merancang untuk menarik keluar seramai 400,000 penduduk wilayah Xinjiang dari kemiskinan melampau di negara tersebut.
Rancangan basmi kemiskinan selama tiga tahun itu tercetus selepas wujud kebimbangan terhadap penglibatan masyarakat Uighur dengan kumpulan tentera tempatan.
Ratusan orang ramai terbunuh di Xinjiang selepas berlaku serangan keganasan antara masyarakat Uighur yang bertutur dalam bahasa Turki dan pendatang majoriti etnik Han.
Wilayah Xinjiang yang diduduki hampir 10 juta Muslim Uighur mendakwa mereka seringkali menghadapi penindasan budaya dan agama.
Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan oleh Beijing.
Selain itu, China telah melancarkan operasi keselamatan besar-besaran di kawasan majoriti Muslim sebagai tindak balas terhadap serangan keganasan yang kerap kali berlaku beberapa tahun kebelakangan ini.
Kebimbangan timbul sekiranya masyarakat Uighur terlibat dalam kumpulan tentera tempatan ada kaitan dengan Daish untuk 'berkhidmat' di Syria dan Iraq.
#10 juta Muslim #basmi kemiskinan #Beijing #China #serangan keganasan #Uighur #Xinjiang
;