Kerajaan China arah tiada sebarang upacara pengebumian untuk mangsa koronavirus
Asyraf Roslan
Februari 2, 2020 17:07 MYT
Februari 2, 2020 17:07 MYT
Kerajaan China secara rasmi telah mengharamkan acara pengebumian dan acara-acara lain untuk disertai keluarga mahupun sahabat yang berasal dari Wuhan, China.
Arahan yang dikeluarkan pada Sabtu itu bertujuan untuk memperlahankan penyebaran wabak Novel Koronavirus (nCoV-2019 ).
Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC), tiada sebarang upacara perpisahan mahupun aktiviti pemakaman akan dilakukan dan mangsa yang meninggal dunia akan dibakar dengan menggunakan kemudahan yang terdekat.
Walau bagaimanapun, saudara-mara akan dibenarkan mengambil abu selepas upacara pembakaran mayat selesai dan didokumenkan.
NCH juga ada memberikan beberapa garis panduan jika kepada keluarga dan teman rapat mangsa koronavirus meninggal dunia dan semasa proses ini berlangsung tiada siapa yang dibenarkan melawat mayat.
[LAPOR LANGSUNG] Koronavirus ragut lebih 300 nyawa
Peraturan-peraturan baharu ini dikeluarkan kerana bimbang dengan jumlah kematian yang terus meningkat.
NHC melaporkan dalam kemas kini yang terbaharu, seramai 304 orang telah meninggal dunia manakala seramai 14,380 orang yang telah dijangkiti oleh virus ini.
#China
#kebumi
#keluarga
#kesihatan
#koronavirus
#larangan
#mangsa
#meninggal dunia
#pembakaran
#pengebumian