Kerajaan campuran Itali bakal berdepan cabaran susulan kematian Berlusconi
Bernama
Jun 13, 2023 15:52 MYT
Jun 13, 2023 15:52 MYT
ROM: Kematian ahli politik veteran Itali dan bekas perdana menteri Silvio Berlusconi mungkin akan memberikan cabaran kepada kerajaan campuran negara itu.
Lebih banyak perselisihan dilihat berlaku dalam kabinet Perdana Menteri Giorgia Meloni selepas kematian ketua parti Forza Italia berusia 86 tahun itu.
Berlusconi dilihat berperanan sebagai moderator dan pendamai dalam gabungan sayap kanan Rom itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Ia pastinya akan menjadi lebih sukar, kerana beliau berjaya membuat semua orang bersetuju, meletakkan semua pada haluan yang sama," kata Timbalan Perdana Menteri Matteo Salvini yang juga ketua parti sayap kanan Parti Lega.
Dalam gabungan kerajaan campuran itu, Parti Lega adalah rakan kongsi yang jauh lebih kecil berbanding Parti Fratelli d'Italia tetapi lebih banyak daripada Forza Italia yang diasaskan dan dipimpin oleh Berlusconi.
Ketika ditanya sama ada kerajaan akan berjaya untuk tidak bersengketa tanpa Berlusconi, Meloni berkata:"Ia tidak mudah."
"Beliau (Berlusconi) umpama "gam" dan yang paling berpengalaman dalam kalangan kami," katanya.
Meloni perlu bertahan tanpa bekas mentornya dan mungkin selepas ini tanpa Forza Italia.
-- BERNAMA