Kerajaan Boris Johnson gagal uruskan pandemik - Dominic Cummings

Astro Awani
Mei 26, 2021 07:14 MYT
Cummings membuat keputusan meninggalkan pejabat Downing Street kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Johnson. - Gambar fail AP
BEKAS Penasihat Kanan Perdana Menteri Britain, Dominic Cummings mendakwa Boris Johnson gagal menguruskan pandemik, hingga menyebabkan ribuan nyawa rakyat jadi korban.
Cummings membuat pendedahan ini dalam keterangan di Parlimen London pada Rabu.
Cummings mendakwa Johnson gagal belajar daripada kesilapan apabila menolak perintah berkurung kedua pada musim luruh ketika kes jangkitan melonjak tinggi.
Kesilapan ini, tegas Cummings, sebenarnya membuktikan Johnson tidak layak memimpin.
"Jika kita tidak ada dasar sempadan yang betul sekarang, dan banyak lagi perkara lain, kita akan mengalami gelombang kedua pada musim luruh dan semuanya akan ditutup, lupakan saja tentang pelancongan," katanya.
Cumming turut mendakwa Johnson memilih untuk membiarkan rakyat terkorban berbanding melaksanakan perintah berkurung sekali lagi.
Dalam pada itu, Cummings turut mendakwa teman wanita Johnson, Carrie Symonds menggunakan pengaruhnya untuk cuba melantik rakan-rakannya ke jawatan tertentu.
Dia mendedahkan membuat keputusan meninggalkan pejabat Downing Street kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Johnson.
Dia juga mengecam kegagalan kerajaan untuk menutup sempadan Britain bagi mencegah virus tersebut.
#COVID-19 #United Kingdom #Boris Johnson #gagal #pandemik #Dominic Cummings #perintah berkurung #teman wanita #sempadan
;