Keputusan pilihan raya Kenya ditangguh

Astro Awani
Mac 6, 2013 23:14 MYT
Berikutan kegagalan sistem pengiraan elektronik, keputusan Pilihan Raya Kenya terpaksa ditangguh.
Masalah berkenaan dikatakan berlaku sejurus selepas separuh daripada proses pengiraan bermula.
Suruhanjaya Pilihan Raya memberi jaminan keputusan pemilihan yang berlangsung pada Isnin lalu akan dapat dikeluarkan pada Jumaat.
Masalah itu memaksa proses pengiraan terpaksa dilakukan dengan cara manual dan dibuat di ibu negara Nairobi.
Menurut Pengerusi Pilihan Raya Bebas dan Suruhanjaya Sempadan, Isaak Hassan, kegagalan sistem pengiraan secara elektronik itu tidak bermakna integriti keputusan yang diumumkan telah dikompromi.
Ekoran kelewatan yang berlaku, beliau turut meminta supaya orang ramai bertenang dimana pihaknya akan menyelesaikan perkara ini secepat mungkin.
Sebelum ini, keputusan Pilihan Raya negara berkenaan diramal dapat diketahui pada awal Selasa dan Rabu.
Bedasarkan kenyataan tidak rasmi, Uhu Ru Kenytatta dikatakan mendahului kedudukan dengan memperoleh undi sebanyak 54 peratus.
Ia bagaimanapun mencetuskan kontroversi kerana anak bekas Presiden Kenya itu, dikehendaki Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) kerana dituduh terbabit dengan keganasan pada tahun 2007 sekaligus mencetuskan rasa tidak puas hati terhadap keputusan Pilihan Raya.
#Nairobi #pilihan raya Kenya #Uhu Ru Kenytatta