Keputusan penghakiman insiden berdarah Christchurch diketahui 24 Ogos
Agensi
Julai 3, 2020 08:03 MYT
Julai 3, 2020 08:03 MYT
Mahkamah Australia menetapkan 24 Ogos depan sebagai tarikh keputusan penghakiman ke atas tertuduh Brenton Tarrant selepas lelaki itu mengaku bersalah dalam kejadian tembakan rambang di dua masjid di Christchurch, New Zealand tahun lalu.
Tarrant yang merupakan warga Australia membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Tinggi Christchurch awal tahun ini atas pertuduhan menyebabkan kematian 51 jemaah Islam sewaktu solat Jumaat.
Hakim Cameron Mander berkata keputusan penghakiman dijangka berlangsung selama tiga hari.
Bagaimanapun, ia boleh dilanjutkan selagi terdapat keperluan untuk berbuat demikian.
Tragedi berdarah yang berlaku pada 15 Mac tahun lalu menggemparkan dunia apabila puluhan umat Islam maut akibat tindakan tidak berperikemanusiaan Tarrant.
Lebih dahsyat lagi apabila lelaki berkenaan turut bertindak memuat naik video serangannya secara langsung di laman sosial Facebook.
#Brenton Tarrant
#Cameron Mander
#Christchurch
#Islam
#laman sosial
#mahkamah
#Mahkamah Tinggi Christchurch
#New Zealand
#serangan masjid
#Solat Jumaat
#tindakan tidak berperikemanusiaan