Keputusan pembunuhan George Floyd langkah besar menentang perkauman - Biden
Astro Awani
April 21, 2021 08:50 MYT
April 21, 2021 08:50 MYT
WASHINGTON: Presiden Joe Biden menggambarkan kematian George Floyd satu pembunuhan secara terang-terangan dan memperlihatkan kepada dunia masalah perkauman dan kepolisan di Amerika Syarikat.
Biden berkata, keputusan bersalah mahkamah terhadap bekas pegawai polis Derek Chauvin menjadi langkah besar ke hadapan menentang perkauman sistematik.
Langkah itu jelas Biden tidak boleh berhenti setakat itu.
Biden memuji para pegawai polis yang memberi keterangan dalam perbicaraan dan tidak bersifat sebelah pihak dan berdiam diri.
Tambahnya keputusan mahkamah itu memberi mesej yang jelas tetapi reformasi tidak boleh dihentikan hanya dengan keputusan berkenaan.
"Untuk melakukan perubahan dan pembaharuan yang nyata, kita boleh dan harus melakukan lebih banyak untuk mengurangkan kemungkinan tragedi seperti ini berulang," kata Biden.
Beliau mengatakan bahawa pembaharuan sebenar sangat penting untuk memastikan orang berkulit hitam dan coklat tidak takut berinteraksi dengan penguatkuasa undang-undang.
"Kita berpeluang untuk mengubah trajektori di negara ini. Harapan dan doa saya agar kita dapat teruskan legasi ini," katanya