Keputusan Parlimen China lanjut kuasa Presiden dapat kritikan

Agensi
Mac 11, 2018 07:46 MYT
Usaha membanteras masalah rasuah yang amat ketara di kalangan rakyatnya, menjadi faktor penting bagi Jinping untuk terus kekal berkuasa.- Foto Xinhua
Tindakan parlimen China menghapuskan tempoh pentadbiran presiden bagi membolehkan Xi Jinping memerintah selama-lamanya dibimbangi akan memberi kesan kepada pelaksanaan keputusan yang berpotensi sangat berisiko.
Penganalisis memberi amaran, membiarkan presiden kekal berkuasa selama-lamanya juga akan mencetuskan perdebatan panjang untuk pelan peralihan kuasa seterusnya.
Jane Wei-liang, pengarang yang juga bekas profesor perniagaan berpangkalan di London yang mengkritik tindakan parlimen China itu berkata apa akan terjadi sekiranya Jinping mengalami masalah kesihatan, contohnya.
"Siapakan yang akan mengambil alih pentadbiran negara ekonomi kedua terbesar dunia?, " ujar Jane.
Tindakan membolehkan presiden Jinping kekal di kerusinya membuktikan beliau adalah salah eorang pemimpin paling berpengaruh sejak zaman pemimpin tertinggi China, Mao Zedong dalam sejarah 40 tahun.
Sementara itu penganalis politik pula berpendapat usaha membanteras masalah rasuah yang amat ketara di kalangan rakyatnya, menjadi faktor penting bagi Jinping untuk terus kekal berkuasa.
"Salah satu tugas terbesarnya setelah dia berkuasa adalah membanteras semua ancaman rasuah terhadap Parti Komunis China dan negara. Untuk melakukan itu, tempoh dua penggal memerintah tidak cukup ," jelas Hua Po, seorang pemerhati politik di Beijing kepada AFP.
#berisiko #kritikan #Parlimen China #pemisahan #Xi Jinping
;