Keputusan : Obama 256, Romney 191 (270 untuk menang)
Associated Press
November 7, 2012 09:28 MYT
November 7, 2012 09:28 MYT
Obama sedang mendahului Romney dengan 65 undi.
Dalam keputusan awal Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat, Presiden Barack Obama dilaporkan menang di Connecticut dengan memungut tujuh undi elektoral.
Dalam pilihan raya 2008, Obama menewaskan John McCain di Connecticut.
Sehingga kini, keputusan awal menunjukkan Obama sedang mendahului dengan 256 undi, manakala Romney 191 undi.
Calon memerlukan 270 undi untuk diisytiharkan pemenang.