Kenyataan negatif berkaitan azan, Arab Saudi keluar perintah larangan terhadap penulis

Bernama
Februari 20, 2018 04:30 MYT
Penulis itu didakwa berkata, laungan azan yang kuat boleh mengganggu kanak-kanak dan mereka yang sedang tidur. - Gambar hiasan
Arab Saudi pada Isnin telah mengeluarkan perintah larangan terhadap seorang penulis kerana mengeluarkan kenyataan negatif berkaitan azan, yang dilaungkan untuk mengajak umat Islam menunaikan solat, lapor agensi berita China Xinhua memetik portal berita online tempatan, Sabq.
Penulis itu, Mohamed Al Suhaimi, dilarang daripada melakukan aktiviti penulisan dan media.
Mohamed turut dirujuk kepada jawatankuasa siasatan.
Baru-baru ini, Mohamed telah memaklumkan saluran berita MBC, yang berpangkalan di Dubai, bahawa laungan azan yang kuat boleh mengganggu kanak-kanak dan mereka yang sedang tidur serta menggesa agar bilangan masjid di kawasan kejiranan dikurangkan.
-- BERNAMA
#Arab Saudi #Azan #Dubai #Islam #kenyataan negatif #Mohamed Al Suhaimi #penulis #perintah larangan #solat