Kenyataan larang umat Islam ke AS dipadam dari laman web Trump

Madiha Abdullah
November 10, 2016 14:00 MYT
Laman yang memaparkan kenyataan itu masih dapat diakses pada pagi 8 November lalu. -Gambar fail
SATU kenyataan yang dibuat oleh Donald Trump yang melarang umat Islam berkunjung ke negara itu telah dibuang dari laman web rasminya.
Kenyataan yang dimuat naik ke laman web rasmi Trump pada 7 Disember tahun lalu itu menyebut bahawa orang Islam tidak lagi dibenarkan ke negara Uncle Sam itu sehingga langkah-langkah menangani keganasan dikenal pasti.
Menurut laporan portal The Independent, hingga pagi 8 November lalu, kenyataan tersebut masih dapat diakses. Namun, laman tersebut kini dilencongkan ke laman kutipan dana untuk kempen Trump.
Bagaimanapun ini bukan kali pertama hal sedemikian berlaku. Sebelum ini, profil isteri Trump, Melania, juga dibuang dari laman web itu susulan dakwaan yang beliau tidak melengkapkan pengajiannya di universiti.
#dilarang ke amerika syarikat #Donald Trump #orang islam #Parti Republikan #Presiden Amerika Syarikat
;