Kenya kembali ke ambang keganasan
Astro Awani
April 1, 2013 08:32 MYT
April 1, 2013 08:32 MYT
Kenya kembali ke ambang keganasan selepas dua penunjuk perasaan terbunuh kerana membantah kemenangan keputusan calon pilihan raya, Uhuru Kenyatta.
Berikutan perkembangan itu. Lebih ramai anggota polis ditempatkan di sekitar ibu negara Nairobi dan bandar tepi Tasik Kisumu.
Dalam kenyataannya, Timbalan Ketua Polis Nairobi Moses Ombati berkata, kawasan penempatan setinggan di Pinggir Bandar itu berada dalam keadaan terkawal.
Bagaimanapun di Kisumu keadaan sebaliknya.
Penyokong bekas Perdana Menteri Raila Odinga bertindak mengadakan bantahan dengan berarak di jalan raya dan kemudian bertempur dengan pihak berkuasa.
Keganasan meragut dua nyawa manakala lima yang lain dilaporkan mengalami kecederaan.
Sekurang-kurangnya tujuh daripada mereka ditahan dan berdepan dengan dakwaan kerana mencetuskan keganasan.
Odinga yang sebelum ini mencabar kemenangan seteru politiknya, dikatakan akur dengan keputusan mahkamah.
Pada 2007, keganasan puak yang dicetuskan keputusan pilihan raya menyebabkan lebih seribu nyawa terkorban.