Kenderaan tenaga boleh diperbaharui antara 1,000 tarikan di pameran kereta China

Astro Awani
Jun 22, 2020 09:00 MYT
Antara tarikan pada hari pertama pameran adalah kenderaan tenaga boleh diperbaharui dan kereta konsep. - facebook@
Pameran auto Guangdong-Hong Kong-Macao dilancarkan pada Sabtu.
Pameran selama sembilan hari itu menarik masuk 100 jenama yang mempamerkan 1,000 model baharu.
Menurut laporan CCTV China, antara tarikan pada hari pertama pameran adalah kenderaan tenaga boleh diperbaharui dan kereta konsep.
Antara kenderaan tenaga boleh diperbaharui yang menarik adalah model baharu keluaran jenama dari China BYD yang mempunyai sistem bantuan pemanduan pintar dengan jarak 605 kilometer.
Kumpulan pengeluar China GAC pula mengeluarkan kenderaan dengan jarak panduan 1,000 kilometer.
Pameran auto ini dilihat penting dalam mempromosikan jualan kenderaan untuk kawasan Guangdong-Hong Kong-Macao.
Sejak awal tahun ini, kerajaan China telah meningkatkan polisi yang mesra pembeli kenderaan untuk meningkatkan lagi jualan.
Ini termasuk pelepasan cukai kereta elektrik untuk dua tahun yang diumum pada Mac.
Jualan kenderaan di China dilapor meningkat 4.4 pada April susulan permintaan ke atas kenderaan komersial.
#1000 model baharu #BYD #CCTV #Guangdong-Hong Kong-Macao #kenderaan tenaga boleh diperbaharui #kereta konsep #pameran kereta #sistem bantuan pemanduan pintar
;