Kenapa Trump tidak tunduk hormat semasa bertemu Ratu Elizabeth II?
Agensi
Jun 5, 2019 12:03 MYT
Jun 5, 2019 12:03 MYT
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan isteri, Melania memilih untuk berjabat tangan berbanding tunduk hormat atau membongkokkan diri dalam pertemuan mereka dengan Ratu Elizabeth II menerusi lawatan rasminya ke Istana Buckingham, pada Isnin.
Keadaan itu secara tidak langsung menimbulkan tanda tanya kerana itu bukan kali pertama Trump bertindak sedemikian semasa bertemu dengan pemerintah Britain tersebut.
Semasa pertemuan mereka pada tahun lalu, Trump turut menunjukkan penghormatannya dengan berjabat tangan dengan Ratu Elizabeth II.
Bagaimanapun, berjabat tangan itu bukan merupakan satu kesalahan atau sikap biadab kerana tidak terdapat sebarang kod perilaku tertentu yang wajib dipatuhi ketika bertemu dengan keluarga diraja itu.
“Meskipun begitu, ramai mengharapkan agar Trump dapat menunjukkan cara hormat dalam bentuk yang lebih tradisional.
“Bagi lelaki, cukup dengan menundukkan kepala manakala wanita pula membongkok, namun ramai yang lebih suka berjabat tangan,” lapor Kompas.com.
Trump tiba di London atas jemputan Ratu Elizabeth II dalam rangka lawatan ke negara itu selama tiga hari termasuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Britain, Theresa May.