Kenali wira-wira penyelam gua Tham Luang

Astro Awani
Julai 10, 2018 20:00 MYT
11 Remaja dan seorang Jurulatih pasukan bola sepak Thailand, 'Wild Boar' ditemui pasukan penyelamat selepas dua minggu terperangkap dalam gua yang ditenggelami air
Operasi mencari dan menyelamat bersepadu pasukan remaja bola sepak Thailand yang terperangkap di gua Tham Luang masuk hari ketiga pada Selasa.
Pencarian kini membabitkan lebih 100 orang termasuk penyelam dan pakar gua dari dalam dan luar negara.
Antara yang terlibat termasuk dua penyelam warga Britain yang tampil menawarkan khidmat kepakaran mereka sembilan hari selepas insiden pasukan bola sepak tersebut dilaporkan hilang.

Heroes: Richard William Stanton, Robert Charles Harpe and John Volanthen#ThailandCave Rescue pic.twitter.com/z2X3wonH4D

— Tracey Eva Edwards #REMAIN #RESIST (@TracevaToons) July 2, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Anggota bomba Richard William Stanton, 56 tahun, dan jurutera internet John Volanthen, 47 tahun, merupakan penyelam dari pasukan Majlis Penyelamat Gua British (BRC).
Selain mereka, pasukan penyelam dari Amerika Syarikat, Belanda dan Australia, pakar-pakar teknikal dari Jepun, China, Laos dan Kemboja, turut hadir membantu operasi menyelamat yang sudah berlanjutan selama seminggu itu.

The U.S. is working very closely with the Government of Thailand to help get all of the children out of the cave and to safety. Very brave and talented people!

— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) July 8, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menerusi laman Twitter menyatakan kesediaan Amerika Syarikat membantu Thailand menyelamatkan 12 remaja dan jurulatih pasukan bola sepak 'Wild Boar' yang terperangkap dalam gua selama lebih dua minggu.
Operasi menyelamat yang diketuai pihak berkuasa Thailand dan dibantu lebih 1,000 petugas Thailand turut menerima bantuan dari United States Pacific Command (Uspacom) dan polis Australia.
Pasukan tentera laut SEAL Thailand turut menggunakan laman Facebook mereka untuk berkongsi posting menyayat hati mengenai usaha menyelamat 11 remaja dan seorang jurulatih itu.
Mereka turut berkongsi video saat pertama remaja-remaja ini ditemui dalam keadaan keletihan dan ketakutan sambil memakai jersi 'Wild Boar' bewarna merah.
Seorang penyelam dari Belanda yang turut mengambil bahagian dalam operasi tersebut, Ivan Karadzic, dipetik sebagai berkata media antarabangsa Today.com, mengenai cabaran yang dihadapi oleh pasukan penyelam.
Jelasnya, walaupun tidak mendapat makanan yang cukup dan diselubungi kegelapan selama lebih dua minggu, remaja-remaja tersebut mempunyai semangat yang kental untuk terus hidup.
Karadzic sempat berkongsi gambar dari dalam gua termasuk gambar yang menunjukkan keadaan remaja-remaja terperangkap yang masih mampu tersenyum walaupun berada dalam keadaan yang getir.
"Amat penting bagi kami untuk memastikan remaja-remaja ini mempunyai kekuatan mental untuk mengharungi perjalanan pulang yang bahaya dan mengambil masa yang amat sempit. Kami berada di dalam memberikan mereka semangat untuk terus berjuang.
"Perjalanan membawa mereka keluar amat mencabar kerana gua ini begitu sempit dan gelap. Untuk penyelam sendiri, perjalanan masuk dan keluar amat sukar kerana ia sempit dan kami tidak dapat melihat dengan baik," katanya.
Sementara itu penyelam dari Helsinki, Mikko Paasi, yang menetap di Chumphon, Thailand dan turut mengambil bahagian dalam usaha menyelamat berkongsi gambar peralatan menyelamnya yang disaluti lumpur tebal bagi menunjukkan keadaan air di dalam gua tersebut.
Paasi turut berterima kasih kepada netizen yang mendoakan keselamatan remaja-remaja tersebut, jurulatih mereka, dan pasukan penyelamat yang bertungkus lumus menyelamatkan mereka.
Manakala warga Belgium, Ben Raymemants, memberitahu media antarabangsa, ABC News bahawa seorang pegawai perubatan berada bersama remaja-remaja yang masih terperangkap itu selepas lapan mereka berjaya dibawa keluar.
Katanya, pegawai itu akan berada di dalam gua bagi memastikan keadaan kesihatan remaja dan jurulatih mereka berada di tahap yang baik untuk dibawa keluar dari gua.
Menurut laporan sebelum ini, pihak penyelamat tidak mendedahkan nama remaja-remaja yang telah dibawa keluar namun telah membenarkan ibu bapa mereka melawat mereka melalui gelas kaca di luar wad bagi mengelakkan risiko jangkitan.

Adelaide doctor & cave-diving specialist Richard Harris, gave up his holidays so he could assist with the Thailand rescue operation. @9NewsAdel pic.twitter.com/DgVROfywqL

— Edward Godfrey (@EdwardGodfrey9) July 9, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pegawai perubatan yang dimaksudkan adalah Dr Richard Harris dari Adelaide, Australia yang turut mempunyai keupayaan untuk melakukan penyelaman dalam gua.
Beliau telah membuat pemeriksaan terhadap semua remaja dan jurulatih mereka dan memberi kebenaran untuk proses menyelamat dijalankan dengan membawa keluar anggota yang paling lemah dahulu.
#ABC news #Australia #Ben Raymemants #Cave rescue #Chiang Mai #diver #Donald Trump #Dr Richard Harris #Facebook #gua Tham Luang #John Volanthen #Mikko Paasi #Thailand #Twitter #United States Pacific Command #Uspacom #wild boar
;