Kenali Naruhito, Maharaja Jepun yang baharu

Kohilah Sekaran
Mei 1, 2019 16:11 MYT
Naruhito dahulunya pernah disifatkan sebagai seorang putera yang lantang bersuara. - Bernama
MAHARAJA Naruhito, 59, menaiki takhta sebagai Maharaja Jepun yang baharu pada Rabu, selepas ayahandanya Akihito, 85, melepaskan takhta.
Selepas tiga dekad, Akihito berundur dari takhta pada Selasa dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Istana Maharaja Tokyo.
Siapakah Maharaja Naruhito? Berikut adalah beberapa fakta mengenai baginda:
  1. Naruhito diputerakan pada 23 Februari 1960 di Hospital Agensi Kerabat Maharaja di Istana Maharaja Tokyo dan beliau merupakan anak lelaki tertua Akihito.
  • Maharaja Naruhito menerima ijazah sarjana muda dalam Sejarah di Universiti Gakushuin pada usia 22 tahun.
  • Baginda kemudian mengikuti pengajian tinggi di Oxford University di United Kingdom.
  • Nahurito pernah menulis buku berjudul “The Thames And I: A Memoir Of Two Years At Oxford” di mana beliau mencatatkan kisah sehariannya di Oxford and pengembaran di UK selama dua tahun.
  • Baginda juga merupakan seorang ahli muzik selain gemar melakukan aktiviti lasak seperti mendaki gunung.
  • Baginda bertemu isterinya, Maharani Masako, iaitu seorang bekas diplomat yang mendapat pendidikan di Harvard, ketika mereka menghadiri satu majlis minum petang pada tahun 1986 di Tokyo.
  • Mereka berkahwin pada tahun 1933 dan dikurniakan dengan seorang anak perempuan, Puteri Aiko.
  • Portal Inside melaporkan, Naruhito merupakan seorang putera yang lantang bersuara – pernah melontarkan pandangan politik dan sosialnya pada masa lalu. Baginda sering membincangkan isu-isu alam sekitar, terutamanya mengenai akses bekalan air bersih.
  • Sebagai maharaja, Naruhito tidak akan mempunyai sebarang kuasa politik. Baginda sebaliknya akan bertanggungjawab untuk tugasan upacara rasmi.
  • BACA: Maharaja Jepun turun takhta: Ini cerita yang anda perlu tahu
    #Jepun #Maharaja Naruhito #politik #Putera #Tokyo
    ;