AS kenakan sekatan terhadap beberapa individu, entiti berhubung hak asasi manusia

Astro Awani
Disember 10, 2021 07:25 MYT
Menurut Washington, sekatan ke atas Myanmar mensasarkan junta tentera yang didakwa menyalahgunakan kuasa serta melaksanakan pencabulan hakasasi di negara itu. - Foto fail/REUTERS
AMERIKA SYARIKAT kenakan sekatan berhubung hak asasi manusia ke atas puluhan individu dan entiti yang ada kaitan dengan China, Myanmar, Korea Utara dan Bangladesh.
Ia turut menyenaraihitamkankan syarikat kecerdasan buatan, AI China, Sensetime Group untuk pelaburan.
Sekatan ini diumum sempena sambutan Hari Hak Asasi Sedunia.
Menurut Washington, sekatan ke atas Myanmar mensasarkan junta tentera yang didakwa menyalahgunakan kuasa serta melaksanakan pencabulan hakasasi di negara itu.
Sementara itu penyenaraian syarikat AI China, Sensetime, didakwa kerana ia membangunkan program pengenalan wajah, yang boleh menentukan etnik, dengan fokus kepada etnik Uighur.
Pakar Amerika Syarikat dan kumpulan hak asasi manusia jangkakan lebih sejuta etnik Uighur ditahan di kem di Xinjiang.
China nafi sebarang penganiayaan, namun banyak pihak mendakwa Beijing melaksanakan penghapusan etnik.
Sehingga kini tiada sebarng kenyataan susulan dibuat China, Korea Utara dan Myanmar.
#hak asasi manusia #sekatan #individu #entiti
;