AS kenakan larangan perjalanan ke atas India

Astro Awani
April 30, 2021 05:33 MYT
Pesakit COVID-19 menerima rawatan di wad kecemasan sebuah hospital di New Delhi, India, 29 April, 2021. - Gambar fail REUTERS
PRESIDEN Joe Biden dijangka mengumumkan larangan perjalanan ke atas India susulan peningkatan kes dan penemuan pelbagai varian baharu COVID-19 di negara itu.
Larangan ini dijangka berkuat kuasa pada Selasa.
Ia dilaksanakan susulan nasihat daripada Pusat Kawalan Dan Pencegahan Penyakit Berjangkit (CDC) Amerika Syarikat.
Januari lalu, Biden turut mengenakan larangan sama ke atas bukan warga negara yang pernah mengunjungi Afrika Selatan, Brazil, United Kingdom, Ireland dan 26 negara Eropah lain.
Polisi ini bermakna individu bukan warganegara yang mengunjungi Afrika Selatan dalam tempoh 14 hari, tidak lagi dibenarkan memasuki Amerika Syarikat.
India sehingga Jumaat mencatat lebih 300 kes baharu sehari, bagi tempoh sembilan hari berturut-turut.
Selain Amerika, negara lain mengenakan larangan sama ke atas India adalah United Kingdom, Jerman, Itali dan Singapura.
Sementara Kanada, Hong Kong dan New Zealand pula menggantung sepenuhnya penerbangan komersil dengan negara Asia Selatan itu.
Rabu lalu, White House mengumumkan penghantaran bantuan bernilai lebih ASD100 juta untuk membantu India memerangi COVID-19.
#Joe Biden #COVID-19 #Afrika Selatan #Singapura #United Kingdom #White House #Amerika Syarikat #penerbangan #India #varian baharu #larangan perjalanan
;